Langkawihomestay.com

‘Mangrove Tour’ adalah aktiviti keluarga yang menyeronokkan di Pulau Langkawi ini. Kita dibawa menyusuri sungai air masin sambil menikmati keindahan  hutan paya bakau dengan lebih dekat. Ia di kenali sebagai Sungai Kilim . Lokasi ke tempat tersebut adalah bersebelahan dengan kedudukan Galeria Perdana .

Dalam Tour ini ada aktiviti sampingan seperti melalui Gua Buaya dengan bot, singgah di Gua Kelawar, melawat pelantar memelihara ikan dan memberi makan burung helang. Dan bergambar di ikon Kilim Geoforest Park di dalam perjalanan itu nanti .

Perjalanan : Menaiki bot pelancong
Maksima sebuah bot : 8 orang
Masa : 1 - 5 jam ( bergantung pada anda sendiri - harga berbeza ikut jam )

Jika anda hanya seoarang dua sahaja - boleh sharing dgn orang lain . Apapun boleh contact tuan punya bot pelancong ini . Saya mengenali beliau . Nego ler sendiri dgn beliau . Abang Lie 0194795323 dan boleh tengok website beliau memang menarik kat sini ;

http://www.langkawikilimmangrove.com

Pasti rugi kalau tak mengikuti aktiviti mangrove ini bila anda dah berada di Langkawi .


www.langkawihomestay.com
 

©2011 ,Langkawihomestay.com