Tarikan Desa KEDA Telok Berembang jadi produk pelancongan

December 9th, 2019 by langkawihomestay


Desa KEDA Telok Berembang di Pulau Tuba, Langkawi akan dijadikan destinasi pelancongan untuk kawasan luar bandar.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Harun berkata, Desa KEDA Telok Berembang merupakan pencetus untuk menjadikan pulau itu sebagai destinasi pelancongan berkonsepkan kampung di pulau bebas cukai itu.
Katanya, sebelum ini Pulau Tuba tidak popular dalam kalangan pelancong, bagaimanapun pulau yang terletak di tenggara Langkawi itu mempunyai banyak keistemewaan yang mampu menggamit pelancong yang ingin merasai kehidupan serba ringkas serta kedamaian alam.

Katanya, penduduk desa di situ yang rata-ratanya nelayan banyak menghasilkan produk makanan dan kraftangan yang mampu menarik pelancong asing dan tempatan. .. more ..