Perdana Menteri rasmi Jakel Langkawi

December 9th, 2019 by langkawihomestay


Pusat gedung tekstil terkemuka, Jakel, secara rasmi membuka cawangannya yang ke-22 di Langkawi Fair, Kuah, yang dirasmikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel, berkata pembukaan cawangan terbaharu itu adalah pencapaian terbaik Jakel yang masih mengekalkan momentum mengemudi perniagaan industri tekstil dalam keadaan ekonomi semakin kompetitif.

Katanya, pembukaan cawangan ini juga bertujuan memacu dan membantu membangunkan ekonomi Langkawi bagi menarik lebih ramai pelancong membeli belah di pulau ini, sekali gus mewujudkan 150 peluang pekerjaan kepada anak tempatan.

“Sebagai syarikat yang prihatin, pembukaan Jakel terbaharu ini dapat membantu meringankan beban warga Langkawi bagi mendapatkan kain Jakel dengan lebih mudah tanpa perlu ke tanah besar.  sumber berita BH ..

Image result for Perdana Menteri rasmi Jakel Langkawi"