Memerhati burung tarikan baharu di Langkawi – Utara – Sinar Harian

October 21st, 2015 by langkawihomestay


Aktiviti memerhati burung boleh dijadikan nilai tambah kepada produk pelancongan sedia ada di Langkawi jika usaha dipergiat untuk mempromosikan aktiviti luar itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Tan Sri Khalid Ramli berkata negara seperti Kanada dan Mexico meraih pendapatan AS$25 bilion setiap tahun daripada pelancong untuk aktiviti memerhati burung dan Langkawi memiliki kepelbagaian spesies burung yang dapat menawarkan tarikan sama.

“Jika kita boleh memperoleh sebahagian kecil daripada itu…katakan RM25 juta, ia merupakan nilai yang agak besar yang boleh meningkatkan industri pelancongan kita,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku kecil, ‘Avian Life in Langkawi’ di sini.

Menurut beliau pelancaran buku kecil itu merupakan langkah penting yang diambil oleh Lada untuk mempromosikan aktiviti memerhati burung dan rama-rama di Langkawi.

Kami mempunyai 263 spesies burung di Langkawi dan beberapa spesies hanya boleh didapati di sini,” katanya
Source: Memerhati burung tarikan baharu di Langkawi – Utara – Sinar Harian