430 siswa sertai misi my kampung di Pulau Tuba Langkawi

November 30th, 2019 by langkawihomestay


PROGRAM jalinan komuniti perdana anjuran MSU College, Shah Alam, Selangor di Pulau Tuba, Langkawi, Kedah berjaya mendedahkan matlamat Pembangunan Lestari (SDG) dalam kalangan penduduk melalui pelbagai projek yang dijalankan.
Program berkenaan, MSU College My Kampung @ Pulau Tuba sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap matlamat SDG yang memfokuskan kelestarian serta kesejahteraan sejagat yang memberi manfaat kepada kumpulan sasar terbabit.

Malah program selama empat hari disertai 430 penuntut menjadi platform terbaik kepada peserta untuk memantapkan kemahiran insaniah, selain menimba pengalaman baharu yang cukup bermakna.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah My Kampung Angkat, My Kampung Trail Run-Tuba, My Kampung Kenduri, My Kampung Mangrove, My Kampung S.E.Y.E.S. (Ternakan Ayam Kampung), My Kampung Kids Eco Friendly, My Kampung Tree for Life, My Kampung Trash Hero, My Kampung Home Deco, My Kampung Aqua Nature dan My Kampung Qiraat.

Menerusi My Kampung S.E.Y.E.S. (Social Empowerment for Young Entrepreneurial Skills) menyaksikan kerjasama antara MSU College Shah Alam dengan Koperasi Komuniti Kepulauan Tuba dan Selat Berhad dalam menjalankan projek keusahawanan ternakan ayam kampung.

Sebagai permulaan, MSU College Shah Alam menyumbang 200 anak ayam kampung untuk diternak dan diusahakan penduduk setempat serta dipasarkan di sekitar Langkawi…

sumber daripada Mymetro ..